List of News

Sekalung Penghargaan Buat Pn. Nazirah Marzuki@Zakaria Atas Perkhidmatan Di Bioaromatik

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan Kepada Pn. Nazirah di atas perkhidmatan cemerlang yang beliau telah curahkan sepanjang tempoh 7 tahun berkhidmat di Pusat Penyelidikan Bioaromatik. Di kesempatan ini juga kami warga Pusat Penyelidikan Bioaromatik ingin mengucapkan semoga terus maju jaya dan terus menabur bakti di tempat baharu. Akhir kata dari kami, Jasamu tetap dikenang sepanjang masa, sesuai peribahasa Melayu mengatakan “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.